Subscribe RSS

Kata orang kalau kita ingin mencapai kejayaan dalam bidang yang kita minati, kita tengok pada sejarah orang yang dah berjaya, dari situ kita dapat belajar bagaimana untuk mencapai kejayaan...walaupon kita tidak mengambil sepenuhnya dari apa yang dilakukakan oleh orang yang dah berjaya, tapi sekurang-kurangnya sedikit sebanyak pengalaman dan bagaimana liku-liku kehidupannya dapat kita ambik iktibar dan pengajaran yang berguna.... dan disini seperti yang aku dah maklumkan melalui post aku yang lepas, aku akan postkan sejarah dan liku-liku kehidupan seorang usahawan Malaysia bumiputra yang terkaya di Malaysia dengan nilai aset yang dimiliki ialah sebanyak RM 1.67 Billion. Berikut kisah mengenai beliau.....




Umur - 53 tahun
Pendidikan - SPM
Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
Kekayaan -RM1,425 juta
Ke 7 terkaya di Malaysia
Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)

Tan Sri Syed Mokhtar al-Bukhary

TAN Sri Syed Mokhtar al-Bukhary adalah usahawan yang banyak menderma dan banyak melakukan kerja-kerja amal.

Latar belakang kehidupan

Tan Sri Syed Mokhtar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1951. Keluarganya berasal dari Hadhramaut, Yemen. Sebelum mengambil keputusan menetap di Kedah, bapanya mengembara hingga ke Asia Tengah untuk berniaga. Seterusnya, bapanya ke Thailand. Pada pertengahan tahun 40-an, barulah bapa Tan Sri Syed Mokhtar mengambil keputusan menetap di Alor Setar, Kedah. Pada tahun 1946, bapanya mendirikan rumah tangga.

Tan Sri Syed Mokhtar mempunyai tujuh orang adik beradik dan dia adalah anak yang ketiga. Tan Sri Syed Mokhtar hidup dalam keadaan yang serba kekurangan hinggakan rumah kayunya yang terletak di Kampung Hutan Keriang tidak mempunyai katil, meja mahupun kerusi. Ini menyebabkan beliau susah hendak menelaah.

Walaupun demikian, setiap yang berlaku itu pasti ada hikmahnya. Keadaan itu juga mendorong beliau supaya memulakan kelas tuisyen percuma sebagai salah satu program kebajikan di bawah Yayasan al-Bukhary yang ditubuhkannya bagi menyumbang ke arah kebajikan. Kini, seramai 15,000 orang pelajar mendapat faedah daripada program tuisyen itu.

Pendidikan

Tan Sri Syed Mokhtar memulakan persekolahannya di Alor Setar tetapi apabila beliau berusia 9 tahun, beliau dihantar tinggal bersama-sama dengan bapa saudaranya, Syed Omar di Johor Bahru. Beliau berada di situ dari darjah empat hinggalah ke tingkatan dua. Tan Sri Syed Mokhtar kemudiannya kembali ke kampung halamannya di Alor Setar dan menyambung persekolahannya hingga ke tingkatan lima di Sekolah Saint Micheal's.

Sebenarnya, Tan Sri Syed Mokhtar bukanlah orang yang berpendidikan tinggi. Beliau tidak pernah belajar hingga ke peringkat universiti. Namun, ini tidak bermakna beliau seorang yang tidak berilmu. Kebanyakan ilmunya diperoleh melalui pengalaman secara langsung apabila beliau bergiat dalam dunia perniagaan sejak kecil lagi.

Membantu keluarga

Disebabkan keadaan keluarganya yang kurang berkemampuan, Tan Sri Syed Mokhtar membantu ibunya menanam sayur-sayuran bagi menampung pendapatan keluarga. Mereka menjualnya di pasar di Jalan Telok Wan Jah. Beliau juga menjual roti canai di pasar yang sama. Semasa waktu rehat di sekolah pula, ayahnya akan menemuinya di sekolah dan memintanya membuat simpan kira. Selepas waktu sekolah, Tan Sri Syed Mokhtar membantu menggembala haiwan peliharaan bapanya di pusat kuarantin berdekatan dengan stesen kereta api Alor Setar. Beliau banyak menimba ilmu dan pengalaman semasa melakukan kerja-kerja itu.

Mula berniaga

Pada tahun 1970-an, perniagaan binatang ternakan bapanya mengalami kemerosotan ekoran tercetusnya wabak kaki dan mulut. Wabak itu merebak ke seluruh Selatan Thailand, Kedah dan Perlis. Semua binatang ternakannya mati begitu sahaja. Sejak itu, Tan Sri Syed Mokhtar mengambil alih perniagaan bapanya dan membuat keputusan untuk tidak lagi melibatkan diri dalam bidang penternakan. Beliau mula menjual daging secara kecil-kecilan.Sebenarnya, Beliau pergi dari pekan ke pekan di sekitar Alor Setar bagi membeli daging yang tidak terjual. Beliau kemudiannya membungkus daging itu bersama ais dan menjualnya kembali kepada peniaga Bumiputera dan restoran-restoran di sekitar Alor Setar. Beliau berjaya dalam perniagaan itu. Kejayaan itu menambahkan keyakinan beliau bagi memajukan diri dalam dunia perniagaan.Daripada perniagaan menjual daging, beliau beralih pula kepada perniagaan pengangkutan. Pada tahun 1972, beliau berjaya mendapat permit bagi empat buah lori Kelas A. Beliau mendapat bantuan pinjaman sebanyak RM110,000 daripada pihak MARA yang digunakannya bagi membeli dua buah lori Mercedes 911LS.Sebenarnya, seorang peniaga Cina menawarkan sejumlah wang bagi baki dua permit yang tidak digunakannya. Tan Sri Syed Mokhtar enggan dan menyerahkan permit itu kembali kepada MARA. Selepas membeli dua buah lori itu, Tan Sri Syed membuka syarikat pengangkutan yang dinamakan Syarikat Pengangkutan Sentosa dan melantik kerani Cina sebagai pengurus syarikatnya itu. Tan Sri Syed Mokhtar menggunakan lori-lorinya bagi memulakan perniagaan beras. Syarikat Kenderaan Sentosa masih wujud sehingga ke hari ini dan memiliki lebih daripada 40 buah lori.

Menubuhkan syarikat

Pada tahun 1974, Tan Sri Syed Mokhtar membeli rumah kedainya yang pertama di Jalan Telok Wan Jah di bawah perjanjian sewa beli dengan UDA atau Perbadanan Kemajuan Bandar. Seterusnya, pada tahun 1975, beliau menubuhkan Syarikat Shah dan memohon lesen perdagangan beras daripada Lembaga Padi Negara yang kini dikenali sebagai Bernas. Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu. Dia berjaya mendapat kontrak bagi membekalkan beras ke pihak FELDA, MARA Senama, Pernas Edar dan juga Sergam Sdn. Bhd., iaitu anak syarikat Perbadanan Kemajuan Ekonomi Negeri Johor.Selepas berjaya dengan Syarikat Shah, beliau menubuhkan syarikat usaha sama dengan dua orang peniaga Cina, iaitu Ng Ghiak Gee dan Chua Chong Tan. Ghiak Gee adalah pedagang beras manakala Chong Tan pula pengilang beras. Dalam syarikat usaha sama itu, Tan Sri Syed Mokhtar memegang 52 peratus kepentingan manakala Ghiak Gee dan Chong Tan masing-masing 32 peratus dan 16 peratus. Perniagaan usaha sama yang diberi nama Bukhary Sdn. Bhd. itu memulakan operasinya pada 15 Julai 1976, di pejabatnya di Jalan Telok Wan Jah.

Perniagaan terus berkembang

Daripada beras, beliau kemudiannya mengembangkan perniagaannya kepada komoditi lain, iaitu gula. Ini masih dijalankan sehingga ke hari ini melalui Bukhary Sdn. Bhd. Pendapatan tahunan Bukhary Sdn. Bhd. kini mencecah RM250 juta.Setahun selepas Bukhary Sdn. Bhd. memulakan operasinya, beliau menubuhkan Bukhary (KL) Sdn. Bhd. pada tahun 1977. Syarikat itu ditubuhkan khas bagi mendapatkan kontrak kerajaan yang pada masa itu banyak ditawarkan kepada usahawan Bumiputera. Operasi Bukhary (KL) Sdn. Bhd. dijalankan di rumah kedai empat tingkat di Jalan Pahang yang juga dibeli melalui perjanjian sewa beli dengan UDA. Usahanya membuahkan hasil lagi. Tan Sri Syed Mokhtar diberikan kontrak bagi membekalkan beras, teh, tepung coklat, tepung susu dan juga minyak sapi kepada kerajaan. Bahagian bawah pejabatnya diubah suai menjadi pusat pembungkusan.Apabila beliau mendapat kontrak pembekalan itu, Tan Sri Syed Mokhtar menubuhkan Susu Mas Sdn. Bhd. pada tahun 1979. Syarikat itu juga adalah syarikat usaha sama di antara dirinya yang memegang 51 peratus kepentingan dengan New Zealand Milk Products yang memegang saham selebihnya. Produk Susu Mas Sdn. Bhd. dipasarkan di bawah jenama Fernleaf dan Anchor. Pada pertengahan tahun 80-an, Tan Sri Syed Mokhtar menjual kepentingannya dalam Susu Mas Sdn. Bhd. ekoran kemelesetan ekonomi.

Strategi tersendiri

Pada tahun 1978, beliau dijemput menyertai delegasi perdagangan ke Ekso Perdagangan Canton, China. Semasa berada di China, Tan Sri Syed Mokhtar menjalankan sistem barter, iaitu menukarkan kokonya dengan teh dari China. Cuma bezanya sistem barter zaman sekarang dijalankan secara besar-besaran atau pukal. Contohnya, menukarkan 1 tan minyak sawit dengan 1 tan minyak mentah.

Perniagaan pakaian

Selepas mengembangkan perniagaannya bermula daripada bidang komoditi ke pengangkutan, pembungkusan dan barter, beliau kemudiannya melangkah kepada sektor pembuatan. Ini ekoran kejayaannya mendapat kontrak membuat pakaian seragam tentera bagi pihak Kementerian Pertahanan. Kontrak itu adalah bagi membekalkan pihak tentera dengan 120,000 pasang kasut dan 330,000 pasang pakaian seragam. Apabila berjaya mendapat kontrak itu, beliau mula mencari pembekal. Pada mulanya, beliau membeli secara terus daripada pengilang.Selepas membeli daripada pengilang, beliau kemudiannya membuat keputusan menubuhkan dua buah syarikat, iaitu Amtek Holdings bagi mengeluarkan kasut dan Oriental Garments Uniform Division bagi mengeluarkan pakaian. Oriental Garments Uniform Division adalah syarikat usaha sama dengan Oriental Garment yang berpusat di Seberang Prai.Apabila Amtek Holdings disenaraikan di Papan Kedua Bursa Saham Kuala Lumpur pada tahun 1998, beliau menggunakan wang penyenaraian yang diperolehnya bagi membeli Spark Manshop dan hak bagi mengeluarkan dan memasarkan pakaian berjenama Crocodile. Kini, anak syarikat Amtek Holdings mengeluarkan kasut tentera (Amtek Shoes) dan pakaian berjenama Lee Coopers dan Lois (Amtek Garments Sdn. Bhd.) bagi pasaran eksport.

Perniagaan perkapalan

Tidak cukup dengan perniagaan pakaian, beliau juga bergiat dalam perniagaan perkapalan. Beliau menubuhkan Bukhari Shipping dan mendaftarkannya dengan pihak Perbendaharaan. Bukhari Shipping bertindak sebagai broker kapal di bawah polisi CABOTAGE. Melalui Bukhari Shipping, Tan Sri Syed Mokhtar membeli sebuah kapal buatan Jerman yang berusia 28 tahun pada harga USD1 juta.Kapal yang diberi nama Angsa Mas itu digunakan bagi mengangkut beras dari Thailand ke Sabah dan Sarawak. Walau bagaimanapun, perniagaan itu mengalami kerugian yang menyebabkan beliau terpaksa menjual kapalnya pada harga USD600,000, iaitu rugi sebanyak USD400,000 (USD1 juta - USD600,000).Pada masa yang sama, beliau mula mem*sensored*tkan diri dalam sektor pembangunan hartanah. Beliau membeli beberapa bidang tanah di Alor Setar dan memulakan beberapa projek perumahan di bawah syarikat Bukhary Development.

Penglibatan dalam projek penswastaan

Beliau terlibat dalam projek penswastaan Johor Port Sdn. Bhd. dan Johor Tenggara Oil Palm Sdn.Bhd. Beliau membeli Johor Port melalui tender pada harga RM330 juta. Johor Tenggara Oil Palm Sdn. Bhd. pula dibelinya pada harga RM135 juta. Melalui Johor Port Sdn. Bhd., beliau menjayakan projek Pelabuhan Tanjung Pelepas.Kini, Pelabuhan Tanjung Pelepas semakin maju hingga mereka berjaya meyakinkan dua buah syarikat perkapalan antarabangsa, iaitu Maersk Sealand dari Denmark dan Evergreen Marine dari Taiwan supaya berpindah dari Pelabuhan Singapura ke Pelabuhan Tanjung Pelepas.Projek penswastaan ketiganya adalah penswastaan air yang mana beliau menubuhkan Equiventure Sdn. Bhd., iaitu syarikat usaha sama di antara syarikatnya, Kembangan Dinamik dan Pilecon Bhd. serta syarikat Perancis, Oneo. Pegangan Kembangan Dinamik dalam syarikat itu adalah sebanyak 49 peratus.

Kepentingan

Beliau membeli MMC Corporation, iaitu syarikat kejuruteraan pada harga RM3 sesaham daripada Permodalan Nasional Berhad (PNB). Tan Sri Syed Mokhtar juga memiliki 22.7 peratus pegangan dalam Malakoff Berhad, iaitu syarikat pembekalan elektrik dan 20 peratus pegangan dalam IJM Corporation Berhad di mana perniagaan utamanya adalah pembuatan. Selain itu, beliau memiliki 18 peratus pegangan dalam Bernas yang terlibat dalam perdagangan beras dan 32 peratus pegangan dalam Pernas International Holdings Berhad, iaitu konglomerat yang terlibat dalam banyak sektor perniagaan. Manakala 18.7 peratus pegangan dalam Fiamma Holdings Berhad, syarikat pemasaran dan pengedaran barangan elektronik serta 100 peratus kepentingan dalam MPH, iaitu syarikat peruncitan dan pengedaran buku.

Objektif penubuhan Yayasan al-Bukhary

ditubuhkan pada Mac 1996 sebagai badan kebajikan yang berperanan membantu golongan miskin, menyokong perkembangan seni dan budaya Islam dan juga menggalakkan persefahaman antara peradaban. Antara objektif utama Yayasan al-Bukhary adalah menggalakkan persaudaraan sesama Islam. Yayasan ini terdiri daripada dua buah bahagian. Satu bahagian menjalankan kerja-kerja kebajikan manakala satu bahagian lagi menguruskan penyaluran dana daripada setiap syarikat yang mana Tan Sri Syed Mokhtar ada kepentingan di dalamnya. Sehingga kini, Yayasan al-Bukhary membelanjakan lebih RM300 juta bagi aktiviti keagamaan, kebudayaan dan pendidikan. Selain itu juga, Yayasan al-Bukhary hanya membiayai pelajar miskin. Antara inisiatif yang dilakukan adalah membiayai pelajar Muslim miskin dari serata ASEAN supaya belajar di Malaysia.

Projek-projek utama Yayasan al-Bukhary

Antara projek terbesar yang sedang dijalankan adalah pembinaan Kompleks al-Bukhary yang bernilai RM400 juta di Kedah yang dijangka siap pada akhir tahun 2004. Kompleks itu kelak memainkan peranan sebagai kompleks yang lengkap dengan pelbagai kemudahan seperti masjid, pusat perubatan, pusat komuniti, rumah anak yatim, akademi khas bagi warga tua dan pusat pengajian tinggi.

Antara projek besar yang disiapkan adalah Muzium Kesenian Islam Malaysia di Kuala Lumpur yang bernilai RM100 juta. Muzium empat tingkat itu adalah muzium pertama di rantau Asia Pasifik yang memaparkan hasil seni Islam. Yayasan al-Bukhary juga membina 12 buah masjid di serata negara.Sumbangan dalam bidang pendidikan

Pada tahun 2000, Yayasan al-Bukhary mendermakan sejumlah RM7.75 juta kepada Oxford Centre for Islamic Studies, iaitu pusat pengajian Islam yang terkenal di serata dunia. Yayasan al-Bukhary juga kini sedang membantu Institut Pembangunan Pendidikan Maju (MIED) dalam projek bagi mengasaskan Institut Perubatan, Sains dan Teknologi Asia (AIMST) di Sungai Petani, Kedah.

Selain itu, Yayasan al-Bukhary juga sering mengadakan dialog peradaban bagi menggalakkan toleransi dan persefahaman antara masyarakat berbilang agama dan kepercayaan.

Penglibatan Yayasan al-Bukhary dalam projek yang dimulakan oleh bukan Islam juga terserlah. Walaupun Yayasan al-Bukhary lebih menekankan kepada projek kebajikan yang bercirikan Islam, ia tetap menyumbang kepada projek yang dijalankan oleh organisasi bukan Islam. Contohnya, Yayasan al-Bukhary menyumbang sebanyak RM satu juta bagi Projek Langkawi, iaitu projek yang dimulakan oleh MCA bagi mengumpul dana bagi menjalankan projek pendidikan di luar bandar dan juga memberi biasiswa kepada para pelajar yang kurang mampu.

Tan Sri Syed adalah usahawan Bumiputera yang terkaya di Malaysia dengan kekayaan yang bernilai RM1.67 bilion.

Category: | 3 Comments

Bukan mudah untuk capai kekayaan dalam sekelip mata, apatah lagi di zaman sekarang dan apa yang aku nak coretkan pada kali ini ialah satu ingatan ...ingatan untuk aku supaya lebih berhati-hati, jangan mudah percaya dan yakin dengan skim2 cepat kaya .... setahun yang lepas, aku ada join dan menjadi ahli pada syarikat Noradz Travel & services Sdn Bhd.. Ini semua berlaku atas ajakan seorang kawan yang menceritakan tentang Noradz Travel...

Mula-mula aku memang tak percaya, sebab daripada pengalaman aku sendiri, aku perhatikan bukan mudah untuk kita tarik orang untuk join masuk bawah kita, tapi... Syarikat Noradz Travel bukan skim piramid dan bukan menggunakan sistem MLM.itu yang menyebabkan aku tertarik untuk turut serta sebagai ahli dalam syarikat tersebut.Aku mengambil masa dua hari untuk aku kaji dan siasat siapa di sebalik Noradz travel nie dan bagaimana perniagaan ini beroperasi.... dipendekkan cerita

Syarikat Noradz Travel adalah sebuah syarikat sepenuhnya bumiputra,di asaskan oleh Dato' Azhar Sulaiman dan anak-anaknya..Syarikat ini terlibat dalam industri hartanah, sewa kereta, penerbitan drama n filem dan banyak lagi....bila aku baca sejarah Dato' Azhar sulaiman nie, rasa macam pintu hati terbuka untuk turut serta dalam satu perniagaan yang dijalankan..iaitu sebagai rakan kogsi dalam urusan sewa kereta kepada agensi kerajaan... bila dan selidik segala jenis latar belakang syarikat, tanpa berfikir panjang ...aku laburkan duit untuk menjadi rakan kongsi...nak kata banyak aku laburkan..mmg banyak sebab ganjarannya juga lumayan..... dua bulan je aku dapat hasil tue...lepas dua bulan tup2... BANK NEGARA serbu n buat siasatan atas aduan.....

setahun lebih aku bersama-sama ahli yang sama nasib dengan aku berjuang untuk dapatkan kembali penyelesaian... bila kami berkumpul, disitu maka aku ketahui apa sebenarnya yang berlaku disebalik sebuan dari BNM.... biasalah tentu ada dalang kenapa hal nie berlaku dan ia berlaku kerana ada sikap tamak, dengki dikalangan ejen-ejen yang dilantik oleh Dato... berlaku satu krisis yang Dato' sendiri tidak jangka apabila ada ejen-ejen yang dia percaya sanggup mengkhianatinya.... dan aku juga pernah berjumpa dengan Dato' Azhar Sulaiman, beliau seorang yang rendah diri, ada kejujuran disebalik dari kata-katanya.... sebab itulah, sampai sekarang aku masih percaya dengan Dato' Azhar Sulaiman... walaupon dengan krsis yang melanda sekarang, beliau masih lagi gagah berdiri...tidak melarikan diri dan sanggup untuk dibicarakan..... sungguh berbeza dengan syarikat lain, bila BNM serbu... pengarah syarikat lari entah kemana, contoh yang terbaik ialah dengan apa yang berlaku pada Jazmeen Sdb Bhd...sehinggakan waran tangkap dikeluarkan dan opersi untuk mencari pengarah syarikat tersebut sedang diambil oleh pihak berkuasa.....

Sehinggakan ke hari ini, adalah sedikit sebanyak info terbaru dari seorang sahabat yang selalu berhubung dengan Dato' aku ketahui...InsyaAllah semuanya akan selamat dan kembali ke asal... dan aku percaya, aku masih percaya kepada seorang yang bernama Dato' Azhar Sulaiman...
Kami ahli COTS sentiasa bersama berjuang untuk Noradz travel....

Apa yang aku nak ingatkan ialah, berhati-hatilah dalam memilih syarikat untuk melaburkan duit, sebab kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa hadapan, beringatlah...apa yang terjadi pada aku semalam ialah supaya aku lebih berhati-hati lagi selepas ini, sebab pelaburan besar risikonya...aku dah terjebak dalam hal ni..jadi aku tidak akan berpatah balik dan apa yang aku lakukan sekarang ialah aku akan teruskan juga....teruskan juga maksudnya aku akan teruskan juga bersama syarikat Noradz Travel sebab duit aku masih ada di dalam akaun syarikat tersebut..... jadi..nak tak nak..aku kena teruskan juga...dan ini adalah yang pertama dan yang terakhir aku join masuk skim pelaburan macam ni....lepas semua dah selesai... aku akan cari satu peluang yang lebih baik dan apa yang pasti...ia bukan pelaburan.... sebagai permulaan dan pencetus semangat untuk aku mengorak langkah dalam menceburi bidang perniagaan....kisah hidup seorang jutawan malaysia iaitu Tan sri Syed Mokhtar Al Bukhari akan aku paparkan sebentar lagi.... sebelum itu, sedikit berita pasal kes skim cepat kaya aku paparkan untuk ingatan aku... antara percaya atau tidak... tepuk dada...tanya diri sendiri....




FAKTA
STATUS KES SIASATAN SEJAK JANUARI 2009

Dencomm Sales & Servicesa Sdn Bhd -Dalam siasatan
Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd - Dalam Siasatan
Etika Emas Estet Sdn Bhd - Dalam Siasatan
Genneva Sdn Bhd - Dalam siasatan
Bestino Sdn Bhd - Dalam Siasatan
AK United Sdn Bhd - Dalam Siasatan
Walton International Property (M) Sdn Bhd - Dalam Siasatan
Gemilang Mirza Sdn Bhd - Bicara pada 6-16 Julai 2010
Buluhmas Enterprise Sdn Bhd -Sebutan baru kes 19 April 2010
Noradz Travel & Services Sdn Bhd -Pendengaran Kes 19-23 Julai/ 2-6 Ogos 2010
Jazmeen (M) Sdn Bhd -Sedia utk didakwa(waran tangkap dikeluarkan)
Estana Farm Industries Bhd -Sebutan baru kes 21 mei 2010

Orang ramai digesa hindari skim cepat kaya

KUALA LUMPUR: Sebanyak 150,000 pelabur menanggung kerugian lebih RM300 juta kerana sikap tamak mereka untuk mendapat 'wang besar' dengan menyertai skim cepat kaya atau skim pelaburan haram di seluruh negara sejak tahun lalu.

Pengarah Jabatan Komunikasi Korporat, Bank Negara, Abu Hassan Alshari Yahaya, berkata sejak Januari tahun lalu hingga kini, lapan kertas siasatan dibuka untuk menyiasat aktiviti pengambilan deposit tanpa lesen mengikut Akta Bank dan Institusi Kewangan dan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram.

Beliau berkata, dalam tempoh sama, empat syarikat dan mereka yang disyaki mengendalikan aktiviti skim cepat kaya dihadapkan ke mahkamah. Syarikat berkenaan adalah Gemilang Mirza Sdn Bhd, Noradz Travel & Services Sdn Bhd, Buluhmas Enterprise Sdn Bhd dan Eastana Farm Industries Sdn Bhd.

Mengenai sebahagian besar mangsa penipuan yang masih berharap mendapat semula wang mereka, Abu Hassan menegaskan, ia sukar dan bergantung kepada keputusan mahkamah pada akhir perbicaraan. “Berdasarkan rekod siasatan, lazimnya baki yang tinggal dalam akaun bank milik pengendali skim cepat kaya itu adalah kecil dan jumlah itulah yang dibekukan agensi penguatkuasaan. “Sebahagian besar wang pelabur sama ada sudah habis dibelanjakan atau dipindahkan ke luar negara untuk kepentingan peribadi pengendali skim itu,” katanya kepada Berita Harian.

Untuk mendapat balik wang pelaburan, Abu Hassan menyarankan mangsa menyaman individu atau syarikat berkenaan menerusi proses undang-undang sivil, tetapi proses perbicaraan kes penipuan kewangan selalunya mengambil masa agak lama. “Ia perlukan siasatan rapi membabitkan pengumpulan dan penganalisaan bahan bukti, rakaman penyataan pelabur dan suspek serta bantuan agensi berkaitan yang kadangkala mengambil masa lama,” katanya. Abu Hassan berkata, dalam proses siasatan, semua pihak berkuasa seperti Bank Negara, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), polis, Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), Suruhanjaya Koperasi Malaysia, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) melaksanakan tanggungjawab selaras peruntukan undang-undang sedia ada. “Oleh kerana tempoh penyelesaian panjang dan tiada jaminan mangsa mendapat semua modal, orang ramai disaran menghindari daripada terbabit dalam skim pelaburan meragukan, iaitu yang menjanjikan pulangan tinggi di luar jangkaan,” katanya.

Sebelum melabur, mereka dinasihatkan menyemak latar belakang syarikat atau membuat pertanyaan dengan menghubungi Bank Negara sama ada menerusi pusat perkhidmatan pelanggan, iaitu BNMLINK atau BNMTELELINK di talian 1-300-88-5465. Sementara itu, bagi maklumat lanjut berhubung aktiviti penipuan kewangan, orang ramai dinasihatkan melawat laman Amaran Penipuan Kewangan di http://fraudalert.bnm.gov.my/.

Oleh Kamarulzaidi Kamis kamarulzaidi@bharian.com.my2010/05/04

Category: | 4 Comments

"BILA KEGIRANGAN SINGGAH DI HATI...KESEPIAN TERUS BERLALU PERGI...." ungkapan yang seakan-akan sama dengan jalan cerita hidupku...kalau nak diingatkan kembali, memang terlalu banyak suka duka yang aku lalui...bukan mudah untuk jalani hidup ini andai tiada kekuatan....
KEKUATAN... ya...aku perlukan kekuatan untuk aku teruskan hidup...dan untuk menjadi kuat,aku perlukakn seseorang untuk hidup ini...
SESEORANG... seseorang yang aku maksudkan ialah seseorang yang memahami aku, faham kehendak aku, kemahuanku...dan seseorang itu jugalah yang akan menemani aku dikala aku jatuh dan disaat aku bangun...
JATUH DAN BANGUN....jatuhnya aku dan seseorang itu jugalah yang akan memaut lenganku dan meminpin aku untuk bangun....berdiri dan terus berlari untuk mengejar mimpi.....
MIMPI....mimpi yang nyata pasti diusahakan dengan segala kudrat untuk menjadikan mimpi satu kenyataan....mimpi tidak akan bermakna tanpa ada keberanian...dan dengan keberanian yang utuh pasti mimpi akan menjadi kenyataan....
NYATA...dan apa yang nyata ialah.... "PERJUANGAN BELUM SELESAI"

Category: | 0 Comments

Sedang aku "ralek" buat kerja, terfikir aku tentang apa yang aku baca nie, sebab aku pernah mengalaminya dan aku yakin semua orang pernah mengalami saat-saat begini...di saat kita menatap wajahnya yang sedang tidur, dari seorang yang "bekeng" dan tegas, bila matanya terlelap, terasa hilang semuanya...dan disitu terpacar satu rasa yang kita sendiri tidak tahu apa yang difikirkannya.... bila dia tersedar dari tido, sifatnya kembali ke asal.... walaupon jarang berbicara dengan dia... sedangkan aku teringin untuk berbicara dengan dia....bukan aku tidak mahu berbicara dengan dia.... tapi aku tiada kekuatan tersebut...... dan kini...bila aku ingin berbicara dengan dia.... aku sudah tiada peluang tersebut kerana.... " SEMALAM...matanya terpejam....terpejam rapat.....bila aku tatap wajahnya...ada ketenangan disitu.... dan SEMALAM juga.....aku tahu....mata yang terpejam itu tidak akan lagi membuka matanya...untuk selama-selamanya....."

TATAPILAH WAJAH MEREKA...
Melihat orang yang kita sayang pada saat dia tidur…..
Renungkan....lihatlah betapa sayangnya kita pada mereka….....
Pernahkah anda menatap orang-orang
yang anda sayang saat mereka sedang tidur?
Kalau belum, cubalah sekali saja menatap
mereka saat sedang tidur......

Saat itu yang tampak adalah ekspresi paling
wajar dan paling jujur dari seseorang.

Orang paling kejam di dunia pun
Jika ia sudah tidur tak akan tampak wajah bengisnya.
Perhatikanlah ayah anda
saat beliau sedang tidur.....
Sedarilah, betapa badan yang dulu kuat
dan gagah itu kini semakin tua dan lemah,
betapa rambut-rambut putih
mulai menghiasi kepalanya,
betapa kerut merut mulai terpahat di wajahnya
Orang inilah yang tiap hari bekerja keras
untuk kesejahteraan kita, anak-anaknya.
Orang inilah, rela melakukan apa saja asal
perut kita kenyang dan pendidikan kita lancar...

Sekarang, beralihlah. …
Lihatlah ibu anda….
Hmm…kulitnya mulai keriput dan tangan
yang dulu halus membelai- belai
tubuh bayi kita itu kini kasar kerana
menempuhi kehidupan yang mencabar demi kita.
Orang inilah yang tiap hari
menguruskan keperluan kita.
Orang inilah yang paling rajin mengingatkan dan
membebeli kita semata- mata
kerana rasa kasih dan sayang,
dan sayangnya, itu sering kita salah ertikan..........

Cubalah menatap wajah orang-orang
yang kita cintai..sayangi itu…
Ayah, Ibu, Suami,
Isteri, Kakak, Adik, Anak, Sahabat,kekasih...Semuanya…...

Rasakanlah sensasi yang timbul sesudahnya.
Rasakanlah energi cinta yang mengalir perlahan-lahan
saat menatap wajah mereka yang terlelap itu.
Rasakanlah getaran cinta yang mengalir
deras ketika mengingat betapa
banyaknya pengorbanan yang telah
dilakukan orang-orang itu untuk
kebahagiaan anda.
Pengorbanan yang kadang-kadang tertutupi oleh
salah faham kecil yang entah kenapa selalu saja nampak besar....

Secara ajaib Tuhan mengatur agar
pengorbanan itu akan tampak lagi
melalui wajah-wajah jujur mereka saat sedang tidur.
Pengorbanan yang kadang melelahkan
serta memenatkan mereka
namun enggan mereka ungkapkan.
Dan ekspresi wajah ketika tidur pun
membantu untuk mengungkap segalanya.
Tanpa kata, tanpa suara dia
berkata… “betapa lelahnya..penatnya aku hari ini”.
Dan penyebab lelah dan penat itu?
Untuk siapa dia berpenat lelah
Tak lain adalah
KITA…..

Suami yang bekerja keras mencari nafkah,
isteri yang bekerja keras mengurus dan
mendidik anak, juga rumah.Kakak, adik, anak, dan sahabat yang
telah menemani hari-hari suka dan duka
bersama kita.

Resapilah kenangan-kenangan manis dan
pahit yang pernah terjadi dengan
menatap wajah-wajah mereka.
Rasakanlah betapa kebahagiaan danr asa terharu seketika menerpa jika
mengingat itu semua....

Bayangkanlah apa yang akan terjadi jika
esok mereka “orang-orang terkasih &
tersayang itu” tak lagi membuka matanya,untuk selama2nya …………"

Category: | 0 Comments