Subscribe RSS

Betapa besarnya kekuasaan Allah s.w.t...Alhamdulillah...baru terasa lega...rupa2nya apa yang kita rancang, bknlah yg terbaik untuk hidup kita walaupun kita rasa itu yg terbaik tp hakikatnya Allah s.w.t sahaja yang tahu.... dah ia terjadi kepada diriku hari ini..... ceritanya begini....
Aku sebenarnya dah berfikir panjang untuk berpindah ke ipoh, tp hati aku tetap rasa xsedap hati...namun aku teruskan jgk, aku dah buat surat tukar ke ipoh, semalam pengarah dan tandatangan borang tersebut, mmg niat hati nak tukar ke ipoh, nak bina hidup di sana.... petang semalam baru aku dapat surat permohonan tukar tue, jd hajatnya hari nie nak hantar ke JPA... 3 malam berturut aku buat solat istiqarah.... setiap kali lepas solat aku berdoa...""Ya Allah, aku memohonkan pilihan/petunjuk daripadaMu menurut pengetahuanMu dan memohonkan penetapan/ketentuan daripadaMU dengan kekuasaanMu..dan juga aku memohonkan daripadaMU kurniaMu yang besar,Sesesungguhnya Engkau maha berkuasa sedangkan aku tidak berkuasa, Engkau Maha Mengetahui dan sedangkan aku tidak mengetahui apa-apa dan Engkaulah Maha Mengetahui segala perkara yang ghaib. Ya Allah, jikalau di dalam ilmuMu bahawasanya urusanku ini( permohonan berpindah ke ipoh dan menetap di ipoh) baik untukku dalam agamaku, kehidupanku dan kesudahan urusanku samaada cepat atau lambat serta akibat urusanku, maka takdirkanlah untukku dan permudahkanlah serta berikanlah berkat bagiku kepadanya. dan Sebaliknya jikalau di dalam ilmuMu bahawa urusan ini (permohonan ke ipoh dan menetap di ipoh) buruk untukku, dalam agamaku, kehidupan dan kesudahan urusanku samada cepat atau lambat serta akibat urusanku, maka jauhkanlah hal itu daripadaku dan hindarilah aku daripadanya serta takdirkanlah kebaikan untukku dalam sebarang keadaan sekalipun, kemudian puaskanlah serta redhailah hatiku dengan takdirMu itu..." dengan penuh keyakinan aku berdoa....sebab aku takut andai apa yang aku buat nie silap, aku takut untuk menerima sesuatu yg tidak baik untuk kehidupanku....dengan kekuasaan Allah.... pagi tadi masa aku bersiap2 nak g kerja, masa tue tengah sarapan, tiba2 telefon aku berbunyi.... aku terkejut, dan aku tengok rupa2nya panggilan daripada ibu ku dari kg, aku dengar suaranya..." li wat pe tu, dah siap2 ke nak g kerja... nie ma nak bg tau, buatlah surat tukar ke gerik, pindah gerik,,duduk ng ma..lagipon ma dah xde sape2 dah kat sini...tinggal iza sorang je...sedara mara pon jauh..ada anak2 senang...ma ada anak2 je...xde org lain dah....klu li pindah gerik nnti, xpelah....la kita g ambik lah sama2, nnti carilah rumah kat sini...dok dekat ng ma...klu buat sekarang..mana tahu..hujung tahun nie dapat tukar ke...." aku terdiam... aku xbg tau dia yg sebenarnya aku dah buat surat tukar ke ipoh.... untuk menyejukkan hatinya aku cakaplah..." yelah ma..insyaAllah..ada rezeki nnti li buatlah surat tukar tue.." lepas bercakap ng ibuku, aku terdiam, mula aku berfikir..adakah ini semua petunjuk dari Allah s.w.t.... sbb aku xpernah pon bg tau dia yg aku dah buat surat tukar tue....n aku juga xde bg tau sesiapa ahli keluargaku yg aku nak pindah ke ipoh.... xsangka di saat2 akhir aku nak hantar surat permohonan pertukaran tue...ibuku telefon, macam dah ada instint (rasa) dari dia... aku bersyukur sangat2 sebab aku tak hantar lagi surat permohonan nie...dan secepat itu jugalah aku ubah fikiran, aku akan hantar juga surat nie tp aku akan bg tau yang aku xjadi pindah ipoh...aku akan berpindah ke gerik...seperti mana permintaan dari ibuku.... pagi2 lagi aku dah pergi JPA...tanpa bnyak halangan aku berjumpa dengan pegawai yg menguruskan pertukaran tersebut.... aku maklumkan yang aku nak berpindah ke gerik, bkn ke ipoh seperti mana yg aku tuliskan dalam surat permohonan tukar tersebut.....dia ckp kenapa...n then aku bg tau lah alasan... dia ckap awk bertuah sbb ada satu lagi tempat kosong di gerik...dah awk org terakhir yang saya ambil untuk berpindah ke gerik...masyaAllah betapa besarnya kekuasaan Allah... dan hari nie jgk aku dapat keputusan dari JPA yang aku akan berpindah dan akan bekerja di GERIK... di tempat abah aku bekerja dulu..... aku di kehendaki lapor diri di ipoh pada 17/5/2010.... dan akan bekerja di gerik pada keesokkan harinya.... syukur.... akhirnya segalagalanya Allah dan tentukan pilihan yang terbaik untuk kehidupanku..... hati aku rasa tenang....subbhanallah....betapa besarnya bila hati kita dekat denganNYa dan sentiasa berdoa....InsyaAllah Allah akan tunjuk jalan yg terbaik untuk hidup ini.... moga Allah meredhai penghijrahan aku ini...amin.....

Category: | 0 Comments

0 comments to “solat istiqarah”