Subscribe RSS

Semalam hari terakhir aku mengajar di Pusat Tuiesyen Mawar Lestari, memang terasa sedih gak bila nak tinggalkan anak muridku yang nakal2 tue, tapi apakan daya, aku terpaksa juga berpindah demi kehidupan yang lebih baik di masa hadapan . Sebenarnya niat minggu depan aku last mengajar kat situ,tapi aku telah dimaklumkan yang minggu depan cikgu2 yang mengajar tuesyen tidak perlu datang kerana diorang ada exam, semua soalan aku dah siapkan, harap-harap anak muridku tue dapat menjawab semua soalan dengan betul...biasalah aku tahu walaupon diorang nakal, tapi pandai.... aku kagum dengan semangat diorang nak belajar....

29/4/2010-
Hampir sebulan aku mengajar disini, terlalu banyak juga kenangan yang mungkin aku tidak akan lupakan sampai bila-bila...walau tak lama, tapi ia cukup buat aku gembira bila dapat kenal dengan adik2 yang begitu semangat untuk menimba ilmu.. dan mungkin apa yang berlaku semalam tidak akan berlaku lagi dalam hidupku....

Tengok, betapa tekunnya diorang menjwab soalan yang aku bagi.... "lepas siap..nanti kita bincang sama-sama ok!" hehehe..itulah ayat yang selalu aku guna... semalam aku buat satu pengumumuman yang malam nie adalah hari terakhir aku disini.... Ingatkan diorng suka, rupa2nya semua sedih.... ketiga2 boys dah mula xder semangat nak belajar, aku bagi tau lah yang aku terpaksa berhenti bukan tak suka kat diorang tapi terpaksa.... dan yang buat aku terkejut.... salah seorang dari diorang ada yang menangis.... nak tau sapeee.... tueee.... yg pakai baju tido tue...hahaha...nama dia zariq...mmg dia yang paling baik dengan aku...betul-betul sensetif dak nie....ada ke cakap " kalau mcm nie, saya pon nak berenti tuesyen gak lah! ".... aku terpaksalah pujuk diorang..."jgn mcm nie, cikgu ada lagi kat dunia nie, bukan mati pon...korang boleh contact cikgu kat facebook ke..." "jgn risaulah k....lepas nie ada cikgu yg lagi besttt akan gantikan cikgu".... dengan reaksi yang tak suka dia jwb " xnak ar, xsama...nnti sapa nak ajar kitaorng lagi...." hahaha... aku cuba gak lah pujuk diorang sedaya mampu... Alhamdulillah... termakan gak ngan pujukan aku.....hehehe...

Category: | 0 Comments

0 comments to “SALAM CIKGU...”